PAS Mersing bantu 300 asnaf sempena Aidilfitri
Mersing – Alhamdulillah, berlangsung sudah Majlis Sumbangan Asnaf sempena Aidil Fitri di Markaz PAS Air Merah, Mersing.
Majlis ini melibatkan seramai 300 orang penerima sumbangan asnaf. Turut memeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua UMNO Bahagian Mersing & Timbalan Ketua UMNO Bahagian Mersing beserta SetiaUsaha UMNO bahagian Mersing.
Bagi pihak PAS Kawasan Mersing, sumbangan seumpama ini bukanlah hanya ada apabila Syawal bakal menjelma bahkan PAS Kawasan Mersing sering cakna dengan pelbagai sumbangan setiap bulan samada sumbangan dalam bentuk harta, makanan ataupun bantuan tenaga agar penduduk di sekitar kawasan Mersing terpelihara dengan kebajikan khususnya.
Justeru itu, sekiranya ada pihak di luar sana yang ingin membantu penduduk di sekitar kawasan Mersing bolehlah bersama-sama dengan PAS Kawasan Mersing khususnya atau mana-mana badan yang bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.
Dikesempatan ini, PAS Kawasan Mersing merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah bersama-sama memeriahkan majlis pada hari ini. Semoga lebaran kali ini adalah lebaran yang bermanfaat disamping keluarga dan mendapat keberkatan Allah Taala.