Home Berita PAS Kedah

PAS Merbok bersama DHPP kawasan menyantuni masyarakat India

143
SHARE

OLEH :AZMI YAHYA

MERBOK, 3 Julai 2021: Pas Kawasan Merbok bersama DHPP Kawasan Merbok menyantuni 23 keluarga masyarakat India di Pejabat Operasi DHPP Kawasan Merbok Tmn Bandar Baru Sungai Lalang. Program penyampaian barangan asas makanan disempurnakan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Kedah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Merbok Ust Azizan Hamzah.

Pengerusi DHPP Kawasan Merbok Palani A/L Subramaniam tidak dapat hadir bersama dalam program disebabkan beberapa hari yang lalu salah seorang ahli keluarganya telah meninggal dunia,namun ianya diwakili oleh Setiausaha DHPP Kawasan Merbok iaitu Guna Seelan A/L Maniam dan Ketua Pemuda DHPP Kawasan Merbok Thiruvikneswaraprabu A/L Raj Kumar.

Ust Azizan berkata “Bantuan dari pihak kerajaan telah di sampaikan kepada seluruh masyarakat di Tmn Bandar Baru dan Tmn Lembah Permai ketika berlakunya PKPD baru baru ini. Semua penduduk samada melayu, cina dan India telah menerima bentuk bantuan bakul makanan barangan asas, barangan basah dan sedikit wang kepada pendudok”.

PAS Kawasan Merbok akan terus menjalini hubungan dengan pihak DHPP Kawasan Merbok untuk program program yang akan di susun selepas berakhirnya pendemik covid 19.”Ujar nya lagi. Jumlah keanggotaan ahli DHPP Kawasan Merbok kini mencecah 504 orang. Turut bersama ialah Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Merbok Rosli Bashah, Bendahari PAS Kawasan Merbok Ust Fauzi Ramli dan Mohd Tarmizi Shamsudin Ajk PAS Kawasan Merbok.