Home Berita PAS Sarawak

PAS Merasmi Titi Kampung Hilir Beladin

161
SHARE

OLEH : WANEE DONI

Beting Maro, 28 November 2021 – Penyelaras Dun Beting Maro, Arif Paijo hadir merasmikan titi yang telah siap dibina di Kampung Hilir Beladin Jumaat lepas.

Pembinaan titi tersebut di bawah Projek Prihatin 8.0 Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak(DMPNS) berjaya disiapkan dalam tempoh seminggu bagi membantu memudahkan Rabayah Razali sekeluarga.

“Ini merupakan salah satu inisiatif PAS dalam mengusahakan membina titi yang lebih kukuh daripada sebelumnya,” ujar Arif.

Hadir bersama dalam perasmian titi tersebut adalah Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak Dayangku Huda Ahmad, Ketua Muslimat PAS Batang Lupar, Mahani Mumtaz, Ketua Muslimat Cawangan Kampung Hilir Beladin Norhafizah Aie dan petugas PAS Beting Maro.

Terdahulu, keluarga tersebut masih menggunakan titi kayu untuk urusan harian mereka.