Home Berita PAS Perak

AHLI Majlis PAS Teluk Intan anjur gotong-royong perdana

40
SHARE

Oleh : Hafizah Aiman

Teluk Intan
Gabungan kerjasama penduduk dan Majlis Perbandaran Teluk Intan MPTI serta pelbagai pihak merealisasikan program Gotong-Royong Pembersihan Tapak Pembuangan Sampah Haram berhampiran pasar Pekan Baru Teluk Intan semalam.

Turut diadakan, Pelancaran CCTV oleh
En Noor Azrin bin Mohd Ismail
Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Landskap MPTI.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau yang mewakili Yang Di-Pertua MPTI berkata,
“Program ini merupakan usaha yang terbaik bagi menyedarkan penduduk setempat bahawa kerja-kerja pembersihan bukan hanya terletak di bahu pihak MPTI semata-mata tetapi pada semua masyarakat.

“Manakala pemasangan CCTV pula, bukanlah bertujuan mencari pesalah tetapi sebagai salah satu cara mendidik dan mendisiplinkan masyarakat agar lebih bertanggung jawab menjaga kebersihan persekitaran kita” katanya lagi.

Menurut Penyelia Program yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan Hamisah Abas , ” Objektif program ini , selain membersihkan lambakan sampah yang menyebabkan pencemaran bau dan mencacatkan persekitaran, juga supaya penduduk di situ memanfaatkan dengan sebaiknya kemudahan kutipan sampah dari rumah ke rumah.

Selain itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Teluk Intan berkata,
“Program ini juga menjadi platfrom terbaik dalam memupuk perpaduan kaum apabila ia disertai penduduk pelbagai bangsa,” katanya.

Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Hj Azhar Rafie yang turut berucap, berkata,
” Kebersihan datangnya dari jiwa yang bersih dan setiap ibu bapa wajib berperanan menerap gaya hidup bersih dalam jiwa anak-anak mereka.

“Punca wujudnya tapak pembuangan sampah haram ini kerana sikap tidak cakna masyarakat setempat dalam menjaga kebersihan.”

Beliau amat berharap agar seluruh masyarakat bekerjasama dalam memastikan persekitaran perumahan ini bersih demi menjaga kesihatan dan mengelak pencemaran dan wabak penyakit.

Selain membersihkan tapak pembuangan sampah haram, pokok-pokok bunga telah di tanam di tapak tersebut bagi mengelak berulangnya longgokan sampah disamping dapat mengindahkan pemandangan.

Program pagi itu dijayakan dengan kerjasama pihak MPTI, Jabatan Amal Teluk Intan , Lajnah Alam Sekitar Dewan Muslimat PAS Teluk Intan, PAS cawangan Pekan Baru dan Rumah Awam dan KRT Pekan Baru.

Program bertemakan PERSEKITARAN BERSIH MASYARAKAT SEJAHTERA itu
turut dihadiri Ketua Bahagian Komuniti dan Perhubungan Awam Perhubungan MPTI Megat Amerudin Megat Danian , TYDP PAS Teluk Intan, Rostam Malik, Ketua PAS Cawangan Pekan Baru Johari Abdul Rahman dan Ketua Muslimat Teluk Intan Robi’atun Mohd Abas.