Home Berita PAS Melaka

PAS Melaka sudah bersedia untuk PRU-15 

67
SHARE
Oleh IBNU JANIE

Foto NAZRIN RAHIM

KOTA MELAKA, 18 Ogos :  Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Melaka yang berlangsung pada malam semalam adalah isyarat bahawa PAS negeri ini sudah bersedia untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Menurut Pesuruhjayanya, Tuan Guru Zulkifli Ismail, dengan isyarat itu seluruh ahli dan penyokong PAS negeri ini harus bersama-sama menggembling tenaga dan usaha ke arah itu.

“Alhamdulillah pelancaran jentera pilihan raya PAS Negeri ini, seperti yang disebut oleh sahabat saya, Pengarah Program pelancaran tadi adalah sebagai satu isyarat dan tanda bahawa PAS Negeri Melaka bersedia untuk mengharungi Pilihan Raya Umum yang ke 15.

“Bersedia untuk membantu kepimpinan bagi mereka mencapai langkah-langkah yang telah diputuskan. Bersedia untuk memastikan Islam itu tertegak sebagai landasan politik dan pentadbiran negara ini.

“Justeru itu kita berharap, dengan pelancaran pada malam ini beserta dengan pelancaran ‘PAS Pilihanku’ seluruh ahli daripada rumah dan cawangan sehingga kepada kawasan dan negeri hendaklah bergerak dan menawarkan tenaga dan sumbangan bagi mencapai maksud dan tujuan tersebut,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, PAS memerlukan jumlah kerusi yang besar untuk membolehkan agenda Islam yang diperjuangkan PAS dapat dilaksanakan.

Menurutnya, walau pun perkara ini nampak sukar, namun sebagai orang-orang yang beriman, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS perlu meletakkan keyakinan kepada sasaran ini.

“Apa yang perlu ialah kita menyambut arahan pimpinan kita bekerja dengan bersungguh-sungguh. Kita menjadikan perjuangan kita membantu kepimpinan kita di dalam langkah-langkah mereka untuk menegakkan Islam di bumi yang tercinta ini sebagai ibadah kita, sebagai persembahan kita kepada Allah SWT di hari akhirat,” kata beliau.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata demikian semasa memberikan ucapan alu-aluan di dalam program ‘Himpunan 5K dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Melaka yang berlangsung di perkarangan Pejabat PAS Melaka, Semabok, di sini, malam tadi.

Pelancaran jentera ini telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Menteri Alam Sekitar Dan Air (KASA).

Tuan Ibrahim di dalam ucapannya turut mengumumkan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM10 ribu untuk Dana Pilihan Raya PAS Melaka, sementara derma jihad yang dilancarkan dan berjaya dikutip daripada hadirin pada majlis ini pula berjumlah RM10250.

Di dalam majlis tersebut, Ustaz Tuan Ibrahim turut menyempurnakan gimik perasmian dengan memacakkan bendera yang diterbangkan drone dan menyerahkan bendera PAS kepada semua Pengarah-pengarah Jentera Pilihan Raya Kawasan-kawasan dan Dewan-dewan Peringkat Negeri sebagai simbolik persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Mohd Sabki sedang memimpin bacaan ikrar
Semua hadirin yang merupakan jentera Pilihan Raya PAS Melaka turut membaca ikrar yang telah dipimpin oleh Timbalan Pengarah Jabatan Amal Negeri Melaka Mohd Sabki Abdul Samad.
Turut berucap pada tersebut ialah Pengarah Program yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Asri Shaik Abdul Aziz dengan Ustaz Mohd Norfaizal Nordin bertindak sebagai pengacara majlis.
Pengarah Program Asri Shaik Abdul Aziz

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH