Home Berita PAS Sabah

PASTI Tawau dan Keningau wakil Sabah Kejohanan BSBJ peringkat kebangsaan

123
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar

18 Ogos 2022

TAWAU : Pasukan bola sepak PASTI Keningau dan pasukan bola jaring PASTI Tawau mewakili Sabah ke Kejohanan Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring (BSBJ) PASTI peringkat kebangsaan.

Kejohanan itu bakal berlangsung di Padang Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak pada 19 dan 20 Ogos. Kedua-dua pasukan itu terpilih kerana berjaya menjadi johan di peringkat negeri Julai lalu.

Kontinjen Sabah diketuai oleh Ketua Kokurikulum PASTI negeri, Maulana Jamal serta melibatkan 19 orang murid, 4 orang guru, 2 orang jurulatih, 3 orang kakitangan pengurusan dan 2 orang Ahli Lembaga PASTI Negeri Sabah ke kejohanan tersebut.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan mengiringi pasukan bola sepak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini sekaligus menyerahkan sumbangan berupa wang tunai dan memberi kata-kata semangat sebelum bertolak.

Manakala pasukan bola jaring pula diraikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Sabah, Rosli Hasan di Lapangan Terbang Tawau. Turut hadir Pengerusi PASTI Kawasan Tawau, Irwan Hamdan.