Home Berita PAS Wilayah

PAS Lembah Pantai santuni masyarakat Tiong Hua

39
SHARE

Oleh DHIYA’ MUTTMAINNAH

BATU, 01 Okt: PAS Kawasan Lembah Pantai telah menyantuni kaum Tiong Hua 26 September lalu sempena sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh.

30 orang mewakili keluarga dan penduduk Tiong Hua dari Flat Sri Pahang telah diziarahi serta menerima sumbangan Bakul Prihatin COVID-19 dan kuih bulan.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, LAr. Fauzi Abu Bakar dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Wilayah Persekutuan (DHPP WP) yang juga Timbalan Ketua DHPP Malaysia, Kong Tuck Wah.

Menurut LAr. Fauzi, aktiviti menyatuni kaum Tiong Hua tersebut jelas menunjukkan keharmonian yang subur antara PAS dengan pelbagai kaum masyarakat di Malaysia.

“Perjuangan PAS adalah perjuangan yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Terasnya adalah hidup bermasyarakat yang sejahtera, harmoni dan keadilan tanpa mengira kaum mahupun bangsa”, jelas beliau.

Antara lain yang turut serta ialah Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Lembah Pantai dan Cawangan Sri Pahang dan Bangsar Utama, serta sukarelawan Kelab Sahabat Cakna Lembah Pantai.