Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

PAS Lakar Sejarah, Bertanding Di 40 Kerusi Dun Johor

1,000 views
SHARE

PAS Lakar Sejarah, Bertanding Di 40 Kerusi Dun Johor

Oleh: Sofia Alwani Ali

Pesuruhjaya PAS Johor, YB Ustaz Abdullah Hussin, dalam ucapannya ketika Majlis Ceramah Perdana Gagasan Sejahtera Johor mengisytiharkan bahawa PAS buat julung kalinya bakal menghantar 40 orang calon untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Johor.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengumumkan pelancaran manifesto ‘Johor Sejahtera’ yang ditawarkan oleh PAS dan Gagasan Sejahtera.

Antara tawaran Gagasan Sejahtera kepada rakyat Johor termasuklah kad diskaun untuk fakir miskin dan bank bangsa Johor.

Katanya, kad diskaun membolehkan rakyat yang berkelayakan apabila berbelanja di tempat tertentu seperti yang ditetapkan kerajaan negeri, akan menikmati diskaun dengan tanggungan kerajaan negeri.

Manakala bankbangsa Johor adalah suatu inisiatif untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri johor.

Hal demikian jelasnya akan memudahkan rakyat memohon pinjaman sekaligus membantu rakyat Johor.

Adun Puteri Wangsa tersebut juga menyebutkan, jika Gagasan Sejahtera diberikan mandat memerintah Johor, kerajaan negeri akan membudayakan solat berjemaah di sekolah-sekolah, stadium bola dan lain-lain. Ikrar tersebut menurut beliau, sejajar dengan sifat pemerintah dalam Islam.

Calon-calon yang dikemukakan PAS menurut beliau merupakan calon berwibawa dan hanya akan diumumkan pada 19 April akan datang.