Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu santuni masyarakat Cina.

79
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
31 Januari 2022

LAHAD DATU : PAS Kawasan Lahad Datu hari ini menyantuni masyarakat Cina sekitar bandar Lahad Datu sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut esok.

Sebanyak 400 limau mandarin telah diedarkan kepada masyarakat Cina yang berada di kawasan sekitar manakala sebanyak 5 set bakul makanan pula diserahkan kepada pemandu teksi berbangsa Cina bagi meringankan beban mereka membuat persiapan sambutan perayaan.

“Kita perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain agar dapat menghindari perpecahan.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan, Kanizam Kamis, PAS amat mementingkan perpaduan dalam kalangan masyarakat apatah lagi kita di Malaysia hidup dalam masyarakat majmuk.

“Saya juga berharap agar Tahun Baru Cina pada kali ini lebih bermakna buat masyarakat Cina khususnya di Lahad Datu,” ujar beliau lagi yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Lahad Datu.

Turut hadir sama Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Tan Chin Khoon.