Home Berita PAS Sabah

Ahli PAS perlu segera kuasai media baharu

102
SHARE

31 Januari 2022
Oleh : Yusrizal Baco

LAHAD DATU : Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Lahad Datu, Ustaz Zaki Ibrahim menyeru agar ahli PAS perlu segera menguasai media baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau memetik kata-kata Saidina Ali bahawa kezaliman akan terus ada, bukannya kerana banyaknya orang jahat tetapi kerana diamnya orang baik.

“Maka dari sebab itulah menjadi keperluan bagi kita menguasai media baharu agar kezaliman seperti fitnah tidak berleluasa apatah lagi ketika kita menghadapi pilihan raya, semua itu boleh menggangu persediaan kita.

“Saya menyeru agar ahli PAS segera mendaftar diri sebagai pengundi jika sudah berkelayakan untuk mengundi agar kita dapat meningkatkan jumlah undian kepada PAS,” ujar beliau semasa Ijtima Pilihan Raya PAS kawasan, di sini semalam.

Seramai 60 orang peserta hadir ke program itu yang diadakan di SRITI Tahfiz Lahad Datu bagi memperkasakan gerakkerja jentera pilihan raya.

Turut hadir sama Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Mursidi Amat dan Ketua Pemuda PAS kawasan Landari Labobo.