Home Berita PAS Wilayah

PAS Batu rai kaum Tionghua sempena Tahun Baru Cina

48
SHARE

PAS Batu rai kaum Tionghua sempena Tahun Baru Cina

Oleh DHIYA’ MUTTMAINNAH

BATU, 31 Jan: PAS Kawasan Batu telah bertemu mata bersama masyarakat kaum Tionghua bertempat di Pasar Batu 5 sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Buah tangan berupa limau dan kuih bangkit serta poster ucapan turut diedarkan kepada penjual dan pengunjung di pasar tersebut khususnya buat mereka yang berbangsa Cina bagi meraikan hari istimewa mereka.

Turut hadir sama meraikan adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Batu merangkap Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Wilayah Persekutuan (DHPPWP), Mr. Tuck Wah Kong, Haji Amran Abd Majid, Yang Dipertua PAS Kawasan Kepong, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Haji Shamsuddin Yaacob, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Haji Abu Bakar Abd Rahman dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Hajah Salbiah Abd Wahab.

Ustaz Azhar Yahya turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina khususnya kepada kaum Tionghua di Parlimen Batu.

“Mudah-mudahan Tahun Baru Cina ini dapat disambut meriah oleh semua kaum Tionghua dengan semangat Keluarga Malaysia dan juga merapatkan silaturrahim dalam masa yang sama menjaga SOP. Mudah-mudahan kita berjumpa dalam tahun baru yang akan datang dengan tiada lagi pandemik. Gong Xi Fa Chai, Selamat Tahun Baru Cina. Terima kasih juga buat warga Pekan Batu yang sangat mesra dalam menerima kunjungan kami”, tambah beliau.