Home Berita PAS Sabah

PAS Kudat teruskan misi kebajikan

677
SHARE

Oleh: Suziana Ghani
19 Oktober 2020

KUDAT: PAS kawasan Kudat meneruskan misi kebajikan dengan menyampaikan sumbangan kepada 21 buah keluarga sekitar Tanjung Kapor semalam.

Setiap keluarga menerima sumbangan barangan dapur berupa beras, susu pekat, minyak masak, tepung gandum, gula dan bihun.

Sehingga ke hari ini, seramai 151 buah keluarga sekitar Kudat telah menerima sumbangan daripada Tabung Covid 2.0 yang dilancarkan pada 11 Oktober lepas.

Salah seorang penerima Alexander Hj Abd Wahid mengucapkan terima kasih kepada PAS Kudat kerana dengan bantuan yang diberi sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka semasa PKPB ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Jimhar Naya, Timbalan Ketua Lajnah Dakwah dan Perpaduan Nasional PAS Kudat.

Kepada masyarakat yang ingin menyumbang boleh menghubungi pengarah program di talian 019-8415002 dan sumbangan tunai boleh disalurkan ke akaun Maybank PASTI Al-Furqan Kudat, 560063056547.