Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Satu kes baharu di Bukit Katil

340
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 18 Okt : Satu kes baharu Covid-19 dikesan di Mukim Bukit Katil hari ini menjadikan keseluruhan kes aktif di Negeri Melaka pada hari ini ialah sebanyak 14 kes.

Demikian dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasmi milik jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu kes terbaru itu diklasifikasikan sebagai kes ‘Jangkitan Import B’ saringan kluster pekerja sedia (Kluster Menara).

Laporan itu turut menyenaraikan tujuh mukim yang dikategorikan sebagai Zon Kuning iaitu Mukim Bukit Katil, Ayer Molek, Tanjung Minyak, Tanjung Kling, Durian Tunggal, Rembia dan Chohong tidak berubah daripada senarai yang dikeluarkan semalam.

Sementara itu bagi kes keseluruhan Negara hari ini mencatatkan 871 kes baharu menjadikan kes aktif keseluruhan ialah sebanyak 7049.

Sabah pula kekal sebagai negeri yang mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 702 kes sementara hanya Kelantan, Perlis dan Pahang sahaja tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini.

Secara keseluruhan tujuh kes kematian baharu dilaporkan hari ini, semuanya menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini ialah 187 kes.

Kes sembuh baharu pada hari ini ialah sebanyak 701 kes menjadikan kes sembuh keseluruhan seluruh Negara ialah sebanyak 13262 kes.