Home Berita PAS Sabah

PAS Kudat prihatin kebajikan guru PASTI

58
SHARE

Oleh: Suziana Ghani
16 Julai 2021

KUDAT: PAS Kudat telah menyampaikan sumbangan bakul makanan berupa beras, telur, kicap, ikan bilis, bawang, tepung, gula dan minyak kepada 9 orang guru PASTI Al-Friendly 2, di sini semalam.

Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi 2 PASTI kawasan, Azaman Madusin sebagai tanda keprihatinan PAS Kudat dengan kebajikan guru PASTI yang turut terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

Azaman yang juga merupakan Setiausaha PAS Kudat berkata, sumbangan ini daripada ahli jawatankuasa PASTI dan PAS Kudat demi kebajikan guru PASTI yang banyak berkorban untuk mendidik pelajar.

“Serahan bakul makanan kami lakukan di PASTI Al-Friendly dan ke rumah guru-guru. Bagi guru yang terlibat kawasan PKPD, sumbangan telah diserahkan di pondok kawalan,” ujar Azaman.

Tambahnya, semua guru PASTI Kudat sudah divaksin bagi menyahut seruan kerajaan dan sebagai persediaan apabila dibenarkan pembelajaran secara bersemuka kelak.

Ketua Guru PASTI Kudat, Bibiana Januddin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan bakul makanan untuk guru dan bekas guru PASTI.