Home Berita PAS Selangor

Sumbangan kepada yang dikuarantin dan yang terjejas pendapatan – Naib KP PAS Selangor

8
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Diakhir ini, kes Covid-19 meningkat dengan sangat mendadak, ramai rakyat yang terkesan. Ada yang terkesan daripada segi pendapatan dan ada juga yang terkesan daripada segi kesihatan. Ramai juga yang kehilangan ahli keluarga tersayang yang mungkin merupakan tunggak pendapatan keluarga dan menjadi faktor terjejasnya pendapatan sesebuah keluarga. Tidak lupa juga bagi yang dikuarantin akibat kontak rapat, mereka ini juga perlu diberi perhatian yang lebih.

Syabab Care Malaysia diwakili Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar menyatakan, Team Syabab Care telah menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga yang terpaksa dikuarantin akibat kontak rapat dengan positif Covid-19. Suami yang bekerja sebagai penghantar barangan tidak dapat keluar rumah untuk mencari rezeki akibat kuarantin. Mereka juga sampaikan sumbangan kepada 3 lagi keluarga yang terputus sumber pendapatan akibat PKP kali ini.

Tiada tempat lagi untuk merayu mohon sumbangan, lalu keluarga-keluarga ada berhubung dengan Team Syabab Care untuk bantuan kerana pendapatan tidak cukup untuk perbelanjaan keluarga. Bersimpati dengan apa yang berlaku, Team Syabab Care segera membantu sediakan barangan keperluan harian. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor