Home Artikel PAS Sabah

PAS lancar jentera pilihan raya Dun Tanjung Papat dan Dun Karamunting

446
SHARE

Oleh : Hadjabal Abu Saini
06 September 2020

SANDAKAN : PAS telah mengadakan pelancaran jentera pilihan raya bagi Dun Tanjung Papat dan Dun Karamunting sempena Pilihan Raya Negeri Sabah semalam dekat sini.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh AJK PAS Pusat, YB Hj Awang bin Hashim dengan gimik penyerahan bendera PAS kepada Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dun Tanjung Papat, Ramlan Rahimen dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dun Karamunting, Masru Mustaqem.

Majlis yang disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid itu turut didahulukan dengan sesi dialog bersama YB Hj Awang yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Ketika berucap, YB Hj Awang menghuraikan sepotong ayat Al-Quran dari surah Ali Imran yang mengajak orang-orang beriman untuk bersabar menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara berkebajikan lebih-lebih lagi apabila menghadapi musuh di medan perjuangan.

Tambahannya, PAS yang sudah lebih 60 tahun dalam politik tidak akan lemah dengan senario politik sekarang sebaliknya sentiasa berkembang lebih-lebih lagi dengan kerjasama dengan parti lain dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.