Home Berita PAS Pahang

PAS Kuantan gotong royong pangkas pokok lintasi talian elektrik di Sungai Isap

46
SHARE

Oleh WAN MUHAMAD AZMI MAMAT

KUANTAN, 28 Ogos ♦ PAS Kawasan Kuantan mengadakan gotong royong memangkas pokok yang melintasi talian elektrik di Kampung Sungai Isap, semalam.

Gotong royong tersebut diadakan ekoran aduan orang ramai di kawasan tersebut.

YDP PAS Kawasan Kuantan Ustaz Rosli Abdul Jabar yang mengetuai operasi itu berkata, “Kami mendapat aduan daripada penduduk di kawasan ini awal bulan ini. Mereka bimbang terutamanya ketika ribut kemungkinan dahan pokok menimpa talian elektrik.

“Pihak berkuasa tidak dapat mengambil tindakan di atas aduan tersebut kerana berada di atas tanah persendirian.

“Oleh itu kami berbincang untuk mengadakan gotong royong bagi menyelesaikan aduan tersebut”, tambah beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Tanjung Lumpur.

Sementara itu, menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan, Wan Razali, kira-kira 50 anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan hadir membantu memangkas dahan-dahan yang berjuntai.

“Kami buat kerahan kepada anggota Jabatan Amal Malaysia dan ahli-ahli PAS Kawasan Kuantan untuk terlibat dalam gotong royong pada hari ini”

“Ada yang bawa chain saw, ada yang bawa parang, ada yang bawa sabit bagi memudahkan tugasan hari ini”, ujar beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Turut hadir Naib Yang Dipertua PAS kawasan Kuantan, Mohamed Hafizal, Ketua Pemuda, Abdul Rahman dan Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan, Muhamad Abdul Hadi Badrulhisham.