Home Berita PAS Pahang

15 wanita warga Cawangan Kg Chendering diraikan hari lahir sempena Bulan Merdeka

65
SHARE

Oleh: AZAHARI B.A.

PAYA BESAR, 28 Ogos ♦ Jawatankuasa Muslimat Cawangan (JMC) PAS Kg. Chendering Lama telah meraikan 15 orang wanita kampung tersebut yang tarikh lahir mereka jatuh pada bulan Ogos.

Bulan Ogos dipilih bersempena Bulan Kemerdekaan yang sedang dirayakan di seluruh negara sekarang.

Majlis keraian yang meriah dan ceria itu telah diadakan di Balai Purnama, Kg. Chendering semalam dihadiri hampir 30 orang wanita penduduk setempat dan beberapa jemputan khas.

Ahli Dewan Negeri Panching, YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya telah hadir menerima undangan penganjur yang turut diberi ruang untuk menyampaikan tazkirah dan seterusnya menyampaikan cenderahati kepada semua yang berkaitan yang menyambut hari lahir pada bulan Ogos.

Beliau berpesan agar erti kemerdekaan sebenar dihayati dengan membebaskan diri dari pemikiran-pemikiran yang boleh menjauhkan diri dari agama, ibadah dan memperjuangkan kedaulatan agama Islam, dan umur yang panjang hendaklah dimanfaatkan dengan beramal soleh.

Sementara itu Pengarah Program Puan Kamariah Yatim ketika ditemui menyatakan program ucap selamat hari lahir kepada penduduk setempat merupakan salah satu aktiviti berterusan JMC bila mana mereka yang berkaitan akan dikunjungi sambil menyampaikan cenderahati, tetapi untuk bulan Ogos ini mereka yang terlibat dijemput ke majlis istimewa tersebut.

Sebelum majlis rasmi bermula hadirin turut dapat mendengar kuliah fiqah ibadah yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Alif Zainuddin.