Home Berita PAS Kedah

PAS Kuala Kedah santuni warga emas dan individu jalani kuarantin

49
SHARE

Oleh HANANI ABDULLAH

KUALA KEDAH – Naib Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah, Ustaz Abdul Basir Ahmad turun menyantuni dan menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada warga emas dan individu kuarantin, Khamis lalu.

Ustaz Abdul Basir berkata sumbangan bantuan kerusi roda itu diberikan kepada seorang warga emas, Zainab Sarif di Taman Kota Nelayan yang diserang angin ahmar.

“Saya harap bantuan kerus roda ini sedikit sebanyak membantu memudahkan lagi pergerakan Makcik Zainab Sarif.

“Seorang lagi penerima warga emas, Pakcik Omar Abdullah pula sedang mengidap penyakit kanser usus,” katanya.

Beliau juga turut berpeluang menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan makanan harian kepada individu yang menjalani kuarantin di Kg Kubang Jawi.

Turut hadir wakil tempatan serta pemuda JPRD Kubang Rotan dan pemuda cawangan Kubang Rotan.