Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

PAS KONSISTEN PERJUANGKAN KEPENTINGAN DAN KEDAULATAN ISLAM

1861
SHARE

PAS KONSISTEN PERJUANGKAN KEPENTINGAN DAN KEDAULATAN ISLAM

Pelbagai berita andaian kerjasama PAS dengan pihak-pihak tertentu telah disebarkan secara tidak beretika terutamanya di dalam media sosial untuk menjatuhkan imej PAS.

Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin menyatakan bahawa PAS masih belum membuat sebarang keputusan berkenaan situasi di Kedah dan Perak.

Sementara itu, kami menyeru supaya ahli dan penyokong PAS dapat bertenang dan terus berdoa sehingga PAS membuat keputusan tersebut dalam jangkamasa terdekat.

Dewan Muslimat PAS Malaysia juga menegaskan bahawa PAS konsisten untuk memastikan KEPENTINGAN dan KEDAULATAN ISLAM DI MALAYSIA TERCINTA ini dijaga.

Dewan Muslimat PAS Malaysia juga meminta supaya ahli-ahli PAS YAKIN dan WALA’ dengan apa sahaja keputusan PAS dan Majlis Syura Ulama’ yang sudah tentu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah insya Allah.

Terima Kasih.

 

NURIDAH MOHD SALLEH

Ketua

Dewan Muslimat PAS Malaysia

11 Mei 2018

25 Syaaban 1439 H