Home Berita PAS Selangor

Laporan harian aktiviti kebajikan KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

7
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | Semakin hari aktiviti KRCAMALSELANGOR yang merupakan sebuah entiti yang lahir dibawah nama NGO Khidmat Malaysia Negeri Selangor, semakin banyak. Bantuan yang mereka salurkan hasil sumbangan para dermawan telah membantu ramai insan yang memerlukan diluar sana.

No photo description available.1. Proses restock 100 pek lagi beras jenama Ashraffi untuk pembungkusan pek kecemasan lockdown KRCAMALSELANGOR Fasa 5. Kempen infaq beras Ashraffi untuk tujuan kebajikan dan pendidikan berjalan secara berterusan. Ratusan ribu kilogram telah diagih-agihkan untuk tujuan kebajikan seluruh negara terutama di Selangor dan kawasan Kota Raja. Beras ini turut menjadi sebahagian daripada bahan di dalam bantuan kotak makanan PAS Negeri Selangor.

2. Pusat Operasi Bantuan Kompleks KRCAMALSELANGOR menerima permohonan-permohonan daripada mereka yang memerlukan, untuk mendapatkan pek sumbangan kecemasan lockdown.

3. Unit Penghantaran Bantuan KRCAMALSELANGOR meneruskan misi penghantaran bantuan ke rumah-rumah para pemohon di seluruh Kota Raja.

4. Program infaq KebunAmal KRCAMALSELANGOR yang berprogram di DUN Selat Klang telah memberi sumbangan kacang bendi dan kangkung segar kepada penduduk tempatan.

5. Program edaran 100 pek makanan siap bermasak DapurAmal diteruskan seperti hari-hari terdahulu. Program kongsi rezeki yang telah berlangsung sejak 19 Mac 2020, berjalan setiap hari. Puluhan ribu pek telah diedarkan dan dimanfaatkan untuk penerimanya.

Semoga program kemasyarakatan PAS melalui aktiviti sumbangan kebajikan semasa tempoh getir ini memberi manfaat kepada ramai yang memerlukan.

PAS Kawasan Kota Raja mengakui bahawa ramai yang memohon tetapi malu untuk foto mereka diambil. Justeru itu, menjadi tugas para petugas di KRCAMALSELANGOR menjelaskan bahawa mereka sedang menyampaikan duit para penyumbang kepada mereka yang memerlukan.Oleh itu, bukti pemberian sangat penting

Alhamdulillah melalui sedikit penerangan, mereka faham keperluan organisasi seperti KRCAMALSELANGOR memfotokan gambar mereka untuk perkongsian bersama para penyumbang. Teruskan menyokong dan mendoakan KRCAMALSELANGOR untuk meneruskan aktiviti kebajikan mereka membantu masyarakat yang susah dan memerlukan bantuan.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor