Home Berita PAS Selangor

PAS Klang tidak tunggu bendera putih – PAS Kawasan Klang

45
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

Klang | PAS Kawasan Klang tidak menunggu “bendera putih” dikibarkan barulah pergi menghulurkan bantuan dan sumbangan. Kerjasama beberapa NGO di sini seperti Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal bersiap siaga untuk turun ke lapangan memberi bantuan dan sumbangan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.

Menurut saudara Izam Awalludin (Pengerusi KASEH) yang juga merangkap sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Kawasan Klang, “kita buat kerja kerana Allah, kita akan cuba sedara upaya membantu mereka tanpa mengira kaum dan agama. Selagi mana kita boleh bantu, kita akan bantu”. Dalam program hari ini, sumbangan yang berbentuk barang keperluan harian akan disalurkan kepada penduduk di sekitar Taman Gembira, Sungai Bertik dan Bayu.
Sebelum itu, sekitar 2.00 petang kerja-kerja pengasingan dan gotong royong pembungkusan dilakukan SRITI Al Hawariyyun, Pelabuhan Klang diketuai oleh Puan Norhanizah Ahmad Suhaimi yang berperanan sebagai Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan Klang. Dalam cuaca yang mana hujan renyai mula membasahi bumi Klang, namun kerja-kerja menghulurkan bantuan dan sumbangan ini tetap diteruskan seperti yang dirancangkan.

May be an image of 3 people, people standing and headscarf

Yang Di Pertua PAS Kawasan Klang, Ustaz Khalid Nayan yang cakna dengan aktiviti kemasyarakatan turut hadir dalam program pada petang ni dan Ustaz Khalid juga berterima kasih kepada Jabatan Amal, dengan adanya beberapa orang petugas dari jabatan ini yang ‘ringan tulang’ dan mengharapkan lebih ramai lagi anak-anak muda melibatkan diri aktiviti seperti ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor