Home Berita PAS Selangor

PAS Sungai Besar hulurkan bantuan buat keluarga yang dikuarantin – PAS Kawasan Sungai Besar

11
SHARE

May be an image of motorcycle

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Besar | Dikala sibuk membantu mereka yang terjejas pendapatan, perlu juga diberi perhatian untuk mereka yang dikuarantin dan tidak boleh keluar rumah mendapatkan bekalan makanan.

PAS Kawasan Sungai Besar telah mendapat maklumat mengenai, sebuah keluarga yang sedang menjalani kuarantin di rumah setelah menjalani ujian saringan Covid-19 kerana ada kontak rapat.

Disebabkan sedang menjalani kuarantin, keluarga ini yang terdiri daripada 4 orang ahli keluarga tidak boleh keluar daripada rumah dan terputus bekalan makanan. Pihak kami terus bergegas ke rumah beliau dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Difahamkan bahawa beliau dan keluarga disahkan negatif dan diperintahkan menjalani kuarantin di rumah dan perlu hadir untuk saringan kali kedua bagi mengesahkan bebas daripada virus Covid-19.

Ayuh kita terus berdisiplin mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh MKN. Sama-sama kita jaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kita.

Jika sahabat-sahabat terputus bekalan makanan dan perlukan bantuan, boleh hubungi Hotline Khidmat Malaysia Negeri Selangor di talian berikut : 018-3705818.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor