Home Berita PAS Sabah

PAS Kinabatangan teruskan Misi Sekampit Beras

206
SHARE

Oleh : Nurfatiha Mohamad
12 December 2021

Kinabatangan : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kinabatangan telah mengadakan program sekampit beras yang berlangsung pada pagi tadi.

Program kali ini bertujuan memberi sumbangan kepada penduduk yang memerlukan terutamanya asnaf di sekitar Kampung Pelangi seterusnya merapatkan lagi hubungan masyarakat kepada PAS.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kinabatangan, Kastiya Pudding, bersama 6 orang Ahli Jawatankuasanya yang lain.

Seramai 7 orang penerima amat merasa bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.

Ternyata sumbangan sekampit beras mampu mengukir senyuman daripada mereka yang memerlukan.

Orang awam dialu-alukan untuk turut serta dengan menyumbang melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Tetuan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan 1213429000060996.