Home Artikel PAS Sabah

PAS KINABATANGAN RAIKAN PAHLAWAN SYAWAL.

89 views
SHARE

Liyana Dahon
Tarikh: 5 Jun 2019

KINABATANGAN : Di saat orang lain bergembira di pagi Raya, dengan mengenakan pakaian baru dan menikmati hidangan yang enak, terdapat insan-insan yang masih berjuang demi keselamatan dan kesejahteraan Negara.

Bersempena 1 Syawal 1440 pada hari ini bersamaan 5 Jun 2019, PAS Kinabatangan telah mengadakan program RAIKAN PAHLAWAN SYAWAL, yang mana program ini meraikan para petugas yang bertugas di pagi Raya. Iaitu Staf/Doktor dan Jururawat Hospital, Anggota Bomba dan Anggota Polis. Turut diraikan, Pengawal Keselamatan di setiap wad di Hospital Kinabatangan. Sumbangan berupa aneka jenis kuih raya dan juadah raya buat pahlawan syawal.

Serahan sumbangan itu melibatkan Hospital Kinabatangan, Balai Bomba Kinabatangan, dan Balai Polis Kinabatangan sebaik saja selesai Solat Sunat Eidulfitri.

Penyelaras DUN Kuamut, Jumaidin Lakalla, yang bersama menyampaikan sumbangan itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas pengorbanan para perwira kita dalam menjalankan tugas di saat seluruh rakyat sedang meraikan Hari Bahagia, Hari Raya.

Katanya, terpancar sinar kegembiraan di wajah staf dan pengawal keselamatan hospital dan anggota bomba dan polis yang bertugas semasa kedatangan rombongan PAS Kinabatangan memberikan sumbangan. Walaupun bertugas di pagi Raya. Mereka tetap gembira. Semoga Allah memberkati, merahmati dan meredhai kehidupan seluruh anggota dan staf yang bertugas.

Turut sama dalam penyerahan Beg Bahagia ini ialah Timbalan Ketua Urusan Ulama, Imam Jalpah, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kinabatangan dan ahlinya.