Home Kenyataan Media PAS Selangor

TINGKATKAN KESYUKURAN ERATKAN PERSAUDARAAN

52 views
SHARE

PERUTUSAN EIDUL FITRI 1440H
KETUA DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SELANGOR

TINGKATKAN KESYUKURAN ERATKAN PERSAUDARAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

اَللَّهُ اَكْبَرْ اَللَّهُ اَكْبَر اَللَّهُ اَكْبَرْ
‎ لآاِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ ـ اَللَّهُ اَكْبَر اَللَّهُ اَكْبَرْ وَلِلَهِ الْحَمْد

Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal 1440 Hijrah, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh muslimin & mislimat

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita rafa’kan kepada Allah SWT kerana memberikan peluang dan kesempatan untuk sama-sama kita menyambut Aidil Fitri atau hari kemenangan bagi umat Islam yang disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran yang hakiki.

Pembinaan program taqwa sepanjang pengajian di Madrasah Ramadan selama sebulan dengan penuh kesabaran dan kehambaan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT telah menjana dan menyemarakkan ketaqwaan dalam menuju insan yang sentiasa taat dan patuh segala perintah Allah. Seterusnya kehadiran bulan Syawal yang mulia sama-sama kita menyambutnya dengan kemenangan kerana kembali kepada fitrah.

Justeru itu, saya menyeru agar kita tingkatkan rasa kesyukuran dan memperkasakan hubungan persaudaraan dengan ikatan kasih sayang kerana Allah SWT di antara kita kerana ia adalah asas kekuatan dan kejayaan dalam kehidupan serta menutup segala ruang perpecahan.

Benarlah firman Allah swt di dalam surah al-Hujurat ayat 10 :

“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara…”

Sabda Rasulullah saw,

“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”

Sentiasalah bermaafan dan lontarkan senyuman bagi membentuk satu suasana kehidupan yang harmoni yang lebih ceria dan berlapang dada.

Selamat menyambut Eidil Fitri bersama keluarga tercinta. Sambutlah Eidil Fitri dalam lingkungan syariah Allah swt dengan menjaga batasan agama, menjaga pergaulan, saling bermaafan dan ziarah menziarahi bagi memupuk semangat persaudaraan yang sejati.

Sambutlah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah dijalanraya.

Tidak dilupakan doa dan harapan buat saudara kita di Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, Rohingya, Somalia dan lain-lain yang terus dihimpit dan dibelenggu dengan peperangan, penderitaan, dan cengkaman musuh Islam semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan dan kemenangan buat mereka.

Akhir kata, saya mewakili Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat

Semoga sentiasa dirahmati Allah swt. Ameen.

#IslamMemimpin
#IslamSebagaiPenyelesaian

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
1 Syawal 1440H bersamaan 5 Jun 2019.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2823071471098915&id=462597187146367