Home Berita PAS Sabah

PAS Kinabatangan meraikan anak yatim iftar bersama

100
SHARE

Oleh: Nurfatiha Mohamad
30 April 2022

KINABATANGAN: Kira-kira 19 orang anak yatim sekitar Kinabatangan menerima sumbangan makanan dan duit raya sempena program iftar dan penyampaian sumbangan aidilfitri anjuran PAS kawasan Kinabatangan.

Ketua Pemuda PAS Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur berkata program ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim berbuka bersama di samping menyampaikan sedikit sumbangan sebagai ingatan dan kasih sayang daripada PAS Kinabatangan.

“Mungkin sumbangan yang diberikan oleh kami ini tidak seberapa tetapi mempunyai erti yang besar bagi mereka.

Saya berharap dengan sumbangan ini dapatlah kiranya anak-anak ini menyambut aidilfitri dengan sempurna dan gembira”, ujarnya ketika merasmikan program semalam di Pusat Islam Darul Ulum, Kinabatangan.

Tambahnya lagi, PAS Kinabatangan akan meneruskan program seperti ini pada masa hadapan sebagai tanda keperihatinan kami mahu melihat mereka gembira di hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, penjaga salah seorang anak yatim yang turut hadir mengucapkan terima kasih kepada PAS Kinabatangan kerana menganjurkan program begini.

“Majlis ini sekurang-kurangnya dapat memberi peluang anak-anak ini bersama dikasihi, sekali gus membuktikan masih ada yang memberi perhatian kepada mereka,” tambahnya lagi.