Home Berita PAS Terengganu

Bekas AJK Umno Dungun ketuai 20 pengikut serah borang ahli PAS

692
SHARE

DUNGUN -Alias Mamat, bekas Ahli Jawatankuasa Umno Dungun telah mengetuai 20 orang warga Felda Kerteh 3 menyerahkan borang keahlian PAS.

Borang keahlian berkenaan telah diserahkan kepada Calon P039 Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli sempena perasmian Markaz Unit Daerah Mengundi(UDM) Felda Kerteh 3, di sini pada 10 November lalu.

Sambil melahirkan kesyukuran, Ustaz Wan Hassan berkata beliau berbesar hati dapat menerima borang ahli PAS dari penduduk Felda Kerteh 3 dan semoga semua dapat istiqamah dalam perjuangan ini.
.

Menurut beliau yang juga Yang Dipertua PAS Dungun itu, PAS parti yang betul-betul ikhlas memperjuangkan Islam dan kebajikan rakyat.

“Manifesto yang kita tawarkan,kita laksanakan sehabis baik kepada rakyat, bantuan yang diberikan tidak memilih bulu, tak kisah penyokong parti apa kalau layak pasti diberikan bantuan,

“Sebab-sebab inilah yang menarik minat 20 orang penduduk Felda Kerteh 3 untuk menyertai PAS. Trend ini juga berlaku di seluruh negara bila saban bulan ribuan orang menyertai PAS seluruh negara,” katanya.

Alias, pernah menjawat jawatan sebagai Penyelaras Kemas Dungun, Pegawai Serata Felda dan pernah memegang jawatan Penyelaras PKR DUN Paka.