Home Berita PAS Kedah

PAS Kedah korban 25 lembu

103
SHARE

SEDIM – Pusat Latihan PAS Negeri Kedah, Sedim menjadi pilihan Badan Perhubungan PAS negeri ini bagi melaksanakan Program Ibadah Korban peringkat negeri.

Lokasi ini menjadikan PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu sebagai tuan rumah Program Qurban PAS Negeri Kedah bagi mewakili Zon Selatan.

Menurut pengarah program bagi Zon Selatan Ustaz Ismail Hashim yang juga Penolong Setiausaha 2 Badan Perhubungan PAS Kedah (BPPNK) berkata, sebanyak 25 ekor lembu korban yang diurus oleh PAS kawasan-kawasan, Dewan-dewan dan individu.

“Daripada jumlah tu, 12 ekor lembu telah berjaya dilaksanakan ibadah korban di sini.

“Hari ni juga, program yang sama sedang berjalan di Markas Pulau Pisang, Kubang Pasu bagi Zon Utara dan sebanyak 9 ekor lembu diuruskan di sana,” ujarnya.

Menurutnya lagi 2 ekor lembu akan diuruskan oleh PAS Kawasan Baling secara berasingan pada hari raya ke-4 nanti.

“Elok dah Ustaz Azam Sembelih tu,” ujar Yb Senator Dato’ Ustaz Haji Ahmad Yahaya ketika menyaksikan sembelihan haiwan korban.

Hampir 100 orang petugas, pimpinan cawangan, kawasan-kawasan bantu yang hadir serta Ahli Harian BPPNK  Ustaz Azizan Hamzah (Bendahari DPPNK), Yb Ustaz Mohd Azam Abd Samad (Ketua Penerangan BPPNK), Ustaz Nurul Amin Hamid (Ketua Pemuda DPPNK) antara yang turut bersama di Zon Selatan ini.