SIK – Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah telah berjaya menyerahkan 2555 borang keahlian baru PAS kepada PAS Pusat di Dewan Al Hana Sik, Kedah semalam.
Serahan borang tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, Alfadhil Ustaz Musoddak Haji Ahmad dan telah diterima oleh Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan sempena Majlis Pelancaran Kempen PAS Pilihanku 4.0.
“Ini adalah borang keahlian baru yang kita kumpulkan dalam masa lapan hari dengan arahan daripada Pejabat Agung kepada negeri-negeri untuk mengumpulkan sebanyak mungkin keahlian baru.
“Tahniah PAS Negeri Kedah bukan sahaja menjadi tuan rumah pada program ini, malah berjaya mengumpulkan keahlian baru sebanyak 2555 borang selama 8 hari,” ujarnya.
Pengumuman yang dibuat oleh Setiausaha Agung itu menjadikan PAS Kedah mencapai kedudukan teratas dalam perlaksanaan arahan daripada Pejabat Agung tersebut.
Tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah dan seluruh kepimpinan negeri serta kawasan-kawasan yang bertungkus lumus dalam merealisasikan segala tugas dan arahan parti bagi kelangsungan perjuangan ini.