Home Berita PAS Melaka

PAS Kawasan Tangga Batu lancar Sambutan Kemerdekaan peringkat kawasan

1131
SHARE

Oleh : Ibnatdeen

TANGGA BATU, 23 Ogos : Demi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan ahli dan masyarakat setempat, PAS Kawasan Tangga Batu proaktif menyusun program Sambutan Kemerdekaan bagi peringkat kawasan.

Majlis Perasmian Program Sambutan Kemerdekaan 2020 peringkat kawasan telah diadakan di Dewan Darul Ta’alim Sungai Udang dengan kehadiran wakil dari dewan-dewan dan cawangan-cawangan PAS Kawasan Tangga Batu di sini, semalam.

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Di-Pertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin diserikan lagi dengan nyanyian lagu patriotik beramai-ramai dan upacara menaikkan bendera oleh Jabatan Amal PAS Kawasan.

Bagi meniup semangat patriotik berterusan dalam kalangan ahli, PAS Kawasan Tangga Batu turut menyerahkan sejumlah Jalur Gemilang dan kain rentang kemerdekaan kepada semua dewan-dewan dan Dun di dalam kawasan Tangga Batu.

Sambutan Kemerdekaan peringkat PAS Kawasan Tangga Batu bermula semalam sehingga 13 September nanti dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat.

Semua info terkini mengenai aktiviti sambutan kemerdekaan ini, boleh diikuti melalui media rasmi PAS Kawasan Tangga Batu.