Home Artikel PAS Selangor

PAS Kawasan Sungai Besar | Laporan Polis ke Atas Buku Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia



1105
SHARE

Sungai Besar 29 Jun 2020 – PAS Kawasan Sungai Besar kesal dengan penjualan buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ oleh Kean Wong yang jelas menghina negara.

2. Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Ust Mohamad Razali Saari mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat individu-individu utama dalam penghasilan buku ini dan mengambil tindakan selaras undang-undang kerana jelas motif lukisan pada muka depan buku menghina lambang kedaulatan negara.

3. PAS Kawasan Sungai Besar mengecam sekeras-kerasnya tindakan penerbitan buku tersebut dan mengharapkan satu siasatan oleh pihak Polis dan Suruhanjaya Kominikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik dan mereka yang terlibat dalam penerbitan buku tersebut.

4. Buku terbitannya itu berunsur provokatif dan cubaan menghasut, akan menimbulkan ketidaktenteraman awam yang kini sedang menghadapi proses pemulihan selepas pandemik Covid 19.

5. Suhubungan itu, Ust Mohamad Razali Saari bersama beberapa ahli PAS telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam berkaitan penghinaan keatas jata negara pagi tadi.

6. Perkara seperti ini seharusnya tidak berlaku dalam negara kita yang rakyatnya di didik menghormati negara. Janganlah sewenang-wenangnya membuat sebarang perkara atas nama kebebasan tetapi menghina Jata Negara yang termaktub dalam Akta 414 Seksyen 3(1)(a) yang memperuntukkan larangan mengguna apa-apa nama atau lambang atau apa-apa tiruan serupa mengenainya bagi maksud perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profession, Kata beliau.