Home Berita PAS Selangor

PAS Kawasan Sungai Besar beri bantuan kepada yang memerlukan – PAS Kawasan Sungai Besar

15
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Besar | Masa kini yang juga merupakan masa sukar negara dalam mengahdapi wabak Covid-19 yang semakin mengganas dan kini sudah muncul dengan pelbagai varian pula. Dalam masa ini, ramai sangat rakyat yang memerlukan bantuan, bukan hanya bantuan bekalan makanan malah bantuan gajet untuk tujuan pelajaran, sejajar dengan keadaan semasa.

Menurut laporan, Ustaz Fadzin YDP PAS Sungai Besar, Ustazah Meseripah Ketua Muslimat DMPK Sungai Besar dan Puan Afida Pengerusi LKK DMPK Sungai Besar telah berkunjung ke-3 buah rumah di sekitar Sungai Haji Dorani dan Tebok Marso untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Rumah Pertama, Puan M yang tinggal di Tebok Marso ini tinggal berdua sahaja di rumah bersama anak lelakinya yang disahkan pemegang kad OKU dan perlu rawatan berkala. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sungai Besar telah membantu keluarga ini bagi meringankan beban sepanjang PKP.

Rumah seterusnya, Encik Z yang juga tinggal di Tebok Marso dimaklumkan telah diuji dengan masalah buah pinggang. Disebabkan keadaan fizikal dan kesihatan yang kurang mengizinkan, Encik Z tidak dapat bekerja dan mencari nafkah seperti biasa buat keluarganya. Beliau telah menerima bantuan daripada PAS Kawasan Sungai Besar.

Rumah terakhir yang diziarahi ialah rumah Puan N di Sungai Haji Dorani. Suami puan ini yang juga seorang Muallaf, bekerja sebagai pengawal keselamatan secara kontrak dan akan tamat pada penghujung tahun ini. Puan N tidak bekerja dan keluarga ini ada 6 orang anak yang masih kecil dan semuanya sedang bersekolah. Sumber pendapatan yang agak besar perlu dicari untuk menampung tanggungan yang ramai. Alhamdulillah, atas keprihatinan dan kecaknaan, Ustaz Fadzin telah memberikan satu tablet kepada anak Puan N untuk meneruskan sesi PdPR.

Semoga dengan sedikit sumbangan dan bantuan ini, dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga-keluarga ini. Mari sama-sama berdoa supaya mereka yang diuji dengan pelbagai macam penyakit dan ujian, agar segera sembuh dan sabar dalam menempuh keadaan yang sangat sukar ini.

Sama-sama kita cakna dan ambil berat akan jiran tetangga kita dengan sekurangnya bertanya khabar dan berkongsi masalah bersama. Jadilah jiran dan warga masyarakat yang prihatin dan cakna akan kebajikan bersama.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor