Home Berita PAS Selangor

DHPPK Sungai Buloh teruskan penyampaian bantuan makanan asas – Ketua DHPPK Sungai Buloh

33
SHARE

PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | Penubuhan Task Force Bantuan PKPD Covid-19 di peringkat PAS Kawasan Sungai Buloh merupakan sbuah inisiatif dan juga idea yang bijak. Lebih ramai rakyat yang memerlukan di kawasan Sungai Buloh akan dibantu dengan lebih segera.

En. Sandaramohan Ketua DHPP PAS Kawasan Sungai Buloh meneruskan menyalurkan bantuan bekalan makanan asas kepada masyarakat India di sekitar kawasan Paya Jaras. Bantuan makanan asas yang nampak ringkas di mata kita, mungkin merupakan segalanya buat mereka yang benar-benar memerlukan.

Semoga sumbangan bantuan yang tak seberapa ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan keluarga-keluarga yang terjejas ini dalam mengharungi masa sukar negara di musim pandemik Covid-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor