Home Berita PAS Selangor

Laporan harian program kebajikan PKPD KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

9
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | PAS Kawasan Kota Raja Melalui NGO KRCAMALSELANGOR meneruskan aktiviti kebajikan harian mereka dengan aktiviti ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk sekitar Jalan Kebun, Kg Jawa dan Andalas.

May be an image of 2 people and people standing1. KRCAMAL SELANGOR singgah kedua-dua buah rumah bekas pesakit Covid-19. Mereka sekeluarga telah dirawat beberapa minggu di Hospital Sungai Buloh. Sedihnya salah seorang daripada mereka iaitu Sdr Roslan, isterinya telah meninggal dunia. Semoga Roh Allahyarhamah Isteri Beliau dalam kerahmatan Allah SWT.

2. Seterusnya mereka singgah mengunjungi rumah Allahyarham Pak Busu, pelakon jenaka yang dikenali ramai di kediaman beliau di Andalas. Isteri dan adik Pak Busu menjalankan perniagaan kantin sekolah, namun sejak PKP 3.0 hingga sekarang operasi kantin mereka terpaksa ditutup.

3. Mengunjungi sebuah keluarga India di Taman Maznah yang menghantar mesej memohon bantuan makanan, pampers dan susu. Ibu Tunggal ini turut menjaga seorang ibu tua, dan beberapa orang anak. Sedihnya apabila menantu beliau yang berusia 23 tahun juga tiada pekerjaan dan pendapatan sejak PKP 3.0 dilaksanakan.

4. Program edaran 100 pek makanan oleh DapurAmal KRCAMALSELANGOR kali ini berprogram seperti biasa dan dibantu oleh pelatih relawan amal untuk mengedarkannya kepada Asnaf dan para pengunjung gerai Asnaf 1 di Jalan Kebun.

Jom bantu KRCAMALSELANGOR untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan pada waktu sukar ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor