Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Kawasan Rembau santuni masyarakat Cina sebagai usaha jalin hubungan

1006
SHARE

REMBAU, 15 FEB – Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Sembilan (DHPPN9) dan PAS Kawasan Rembau telah menyantuni masyarakat Cina dalam usaha menjalin hubungan sempena perayaan Tahun Baru Cina di sini , kelmarin.

Ole itu, PAS bertindak mengedarkan buah limau dan kad ucapan selama tiga hari yang bermula 12 Februari yang melibatkan keempat-empat dun dalam Parlimen Rembau, iaitu DUN Kota, Paroi, Rantau dan Chembong.

Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, Tuan Haji Mohamad Hassan Thamby; Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, Masita Mohamed Ali; Pengarah PAS DUN Kota, Tuan Haji Ishak Omar, antara pimpinan yang bersama menjayakan edaran pada hari pertama.

Pagi hari kedua program di DUN Paroi, Timabalan Ketua DHPPN9, Yau Con Seng yang bersama pimpinan PAS telah menyantuni masyarakat Cina termasuk edaran apron pada pekerja kedai makan di sekitar Taman Tuanku Jaafar dan pekan Senawang.

Manakala di sebelah petang pula pimpinan PAS dan AJK menyantuni penempatan baru masyarakat Cina di perkampungan Ulu Rantau.

YDP PAS Kawasan Rembau mengakui bahawa masyarakat Cina keseluruhannya menyambut baik kedatangan PAS dan hubungan ini perlu terus dijalin dalam meraih sokongan mereka terutama dalam persediaan menghadapi PRU ke 14. Walaupun majoriti masyarakat Cina di Parlimen Rembau hanya sekitar 15 peratus sahaja namun ia tetap relevan.

Berdasarkan aduan yang diterima semasa program edaran tersebut, Mohamad Hassan mengakui Pusat Aduan Rakyat juga mampu berperanan memanjangkan masalah yang dihadapi masyarakat Cina kepada pihak Majlis Daerah Rembau atau PBT. Perkara ini mampu meletakkan hubungan baik kedua belah pihak terus terjalin.

“Hubungan PAS dengan orang cina kekal relevan dan mereka berterima kasih atas sumbangan buah limau dan kad ucapan serta berjanji akan membuat pertimbangan wajar dengan tawaran PAS terutama pada pilihanraya nanti,” kata YDP PAS Kawasan Rembau yang sentiasa bersama sepanjang program.