Home Berita PAS Wilayah

PAS Kawasan Lembah Pantai Agih Bantuan Kebajikan

1089
SHARE

PAS Kawasan Lembah Pantai Agih Bantuan Kebajikan

LEMBAH PANTAI : PAS Kawasan Lembah Pantai dengan kerjasama PAS Cawangan Pantai Permai turut turun padang menyampaikan sumbangan kebajikan kepada yang memerlukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sehubungan itu, sumbangan berupa barang² keperluan harian diagihkan kepada 300 keluarga di kawasan Lembah Pantai diketuai oleh Haji Fauzi Abu Bakar merangkap TYDP PAS Kawasan Lembah Pantai. Agihan telah dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian penempatan dan taburan penerima. Seramai 100 keluarga penerima dari Flet Pantai Permai diagihkan secara turutan blok penginapan kehadiran mereka dijadualkan mengikut waktu ditetapkan bagi mengelakkan himpunan ramai di satu masa. Pematuhan SOP PKP dan KKM untuk memakai topeng muka keselamatan dan jarakkan sosial 1 meter diperberatkan. Khidmat bantuan keselamatan daripada anggota RELA Daerah Brickfields amat membantu didalam pengamatan SOP Keselamatan sepanjang proses agihan tersebut.

Turut hadir sama dalam aktviti pengagihan sumbangan barangan keperluan itu ialah Ketua Cawangan PAS Pantai Permai , En. Wan Mustaffa yang menyediakan persiapan serta bantuan khidmat tenaga ahli-ahli PAS cawangan yang penuh komited sepanjang setengah hari siang tadi.

“Kita melihat ia menjadi keperluan untuk kita membantu masyarakat yang memerlukan memandangkan kos sara hidup di Kuala Lumpur ini agak tinggi.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang menyumbang bagi menjayakan program kebajikan ini.

“Saya berharap walaupun bantuan tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka untuk membeli keperluan dapur dan ada nya bahan makanan asas untuk disediakan bagi keluarga untuk dijamah. ” ujar Haji Fauzi.

Sama-sama kita bekerjasama mengikut arahan dan berdoa agar tempoh PKP dapat ditamatkan dengan cepat dan negara kita bebas dari wabak COVID 19 ini.