Home Artikel PAS Wilayah

Laporan Polis Terhadap Keceluparan Status Facebook Pemimpin PAN

1629
SHARE

Laporan Polis Terhadap Keceluparan Status Facebook Pemimpin PAN

Oleh : Maizatul Asida
8 April 2020

BATU : Sekitar jam 11 pagi, PAS Kawasan Batu yadiwakili oleh TYDP, En Shamsuddin Yaakob, NYDP, Haji Abu Bakar Abd Rahman, Pengarah Jabatan Pilihanraya, En Sulaiman dan En Mohd Sobri, AJK PAS kawasan Batu telah membuat satu laporan polis berkenaan penghinaan terhadap PAS dan YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Pemilik akaun Facebook yang bernama Azhar Ab Shukur secara terang menghina parti PAS dengan meletakkan logo PAS bersebelahan dengan logo syarikat arak Heineken Beer.

Azhar Ab Shukur juga telah memuat naik status berbunyi “Parti Arak Semalaysia yakni menyamakan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang berdaftar secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai Parti yang menjual dan mempromosi arak satu bahan memabukkan yang diharamkan dalam Agama Islam”.

Hal ini jelas merupakan suatu fitnah besar buat PAS. PAS adalah parti yang memperjuangkan agama Islam. Menyamakan PAS dengan parti arak merupakan suatu penghinaan dan fitnah serta mengundang kemarahan buat seluruh ummat Islam.

Justeru itu, laporan polis ini dibuat sebagai tanda bantahan atas tindakan tersebut. PAS Batu juga amat berharap agar perkara ini dipandang serius oleh pihak polis dan pemilik akaun Facebook tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.