Home Berita PAS Sabah

PAS Kawasan Kinabatangan raikan pelajar cemerlang SPM 2022

82
SHARE

Oleh: Nurfatiha Mohamad
24 Jun 2023

KINABATANGAN: PAS Kawasan Kinabatangan telah mengadakan majlis meraikan pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang berlangsung di Ruang Terbuka Masjid Al Ghaffar, tengah hari tadi.

Majlis tersebut telah dihadiri 60 orang yang terdiri daripada kalangan ibu bapa pelajar, orang awam dan ahli jawatankuasa PAS Kawasan Kinabatangan.

Seramai 19 orang pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam 1 dan 2 yang diraikan telah memperolehi keputusan cemerlang SPM 5A hingga 9A.

Perasmian majlis disempurnakan oleh ADUN Dilantik Negeri Sabah merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan sekaligus menyampaikan hadiah kepada para penerima.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Abdul Hisyam Othman dan Abdul Sahar Majid serta Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Hendri Hamsah.