Home Berita PAS Sabah

Edaran bakul makanan buat golongan asnaf

44
SHARE

Oleh: Nurfatiha Mohamad
25 Jun 2023

KINABATANGAN: PAS kawasan Kinabatangan turun mengedarkan sumbangan bakul makanan di Kg Sri Manis pada petang semalam.

Edaran kali ini dipimpin oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur bersama ADUN Dilantik Negeri Sabah, Aliakbar Gulasan.

Sebanyak 25 pek bakul makanan telah diagihkan kepada golongan asnaf di komuniti tersebut dari rumah ke rumah.

“Semoga sumbangan yang disampaikan, dapat meringankan sedikit sebanyak beban mereka”, ujar Yang Di Pertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Abdul Hisyam Othman & Abdul Sahar Majid, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Hendri hamsah serta ahli jawatankuasa PAS Kinabatangan. As