Home Berita PAS Sabah

Mesyuarat Agung Tahunan DPPK Tawau berlangsung dengan penuh mahabbah

761
SHARE

oleh: Muhamad Fahmi Ramadhan

9 Ogos 2020

TAWAU : Dewan Pemuda Pas Kawasan Tawau ( DPPKT) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-30, bertempat di PASTI Fathonah, Ranggu, di sini , pagi tadi.

Mesyuarat Agung yang berlangsung dengan penuh mahabbah itu telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Husain, merangkap Yang Di-Pertua PAS Kawasan Tawau.

Dalam ucapan perasmian, Mohamad Husain mengingatkan   para sidang mesyuarat  agar tidak membuat andaian sendiri terhadap perkara  yang belum diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

“Jangan membuat andaian sendiri perkara yang belum diputuskan oleh pucuk pimpinan , apatah lagi Pilihan Raya Negeri Sabah dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat ini.

“Setiap ahli PAS perlulah mengambil sikap menjaga kebersamaan dalam Muafakat Nasional”, kata Mohamad Husain.

Manakala Ketua Pemuda DPPK Tawau , Rosli Hasan telah memberikan ucapan  Ucaptama dengan mengangkat “Islam Memimpin Perpaduan” sebagai teras intipati ucapan beliau.

Dalam ucapan tersebut Rosli menyeru agar semua ahli terus istiqomah dan bersama-sama memahami konsep “Dengar dan Patuh” terhadap apa sahaja keputusan yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti terutama berkaitan Muafakat Nasional.

Beliau juga menyeru agar semua pemuda terus menjaga hubungan dengan masyarakat dan sentiasa menyantuni mereka tidak mengira bangsa dan agama.

Mesyuarat Agung Tahunan DPPK Tawau turut dihadiri oleh pemerhati daripada Dewan Pemuda PAS Semporna.