Home Berita PAS Perlis

PAS Arau santuni petugas barisan hadapan

17
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 3 Ogos: Lajnah NGO PAS Kawasan Arau baru-baru ini telah mengadakan program santuni petugas barisan hadapan yang berkhidmat di sempadan negeri ini.

Antara lokasi SJR yang dikunjungi ialah di Sanglang, Jelempok, Pauh dan Kodiang.

Pada program yang berlangsung jam 4.30 petang itu, mereka telah menerima juadah mi udang basah yang disediakan oleh para petugas PAS kawasan.

Menurut Pengerusi Lajnah NGO PAS Kawasan Arau, Khairuddin Mohamed, sumbangan berkenaan sebagai tanda penghargaan PAS kepada para petugas barisan hadapan.

“Komitmen serta pengorbanan mereka dalam membantu mengekang penularan wabak Covid-19 amatlah besar kepada rakyat dan negara jika nak dibandingkan dengan sumbangan yang diberikan pada hari ini.

“Justeru, PAS Kawasan Arau juga ingin menyeru kepada semua pihak agar dapat bersama-sama dengan mereka dalam membantu menjayakan agenda kerajaan (menghentikan wabak Covid-19) dengan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang masa,” katanya ketika dihubungi.