Home Kenyataan Media PAS Johor

PAS Johor teguh bersama TSMY dan kerajaan PN

107
SHARE

Barisan Nasional mentadbir negara dari mula hingga berakhir pada 2018 tanpa Covid-19. Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara bermula juga tanpa Covid-19 dan berakhir waktu Covid-19 baru bermula.

Manakala, Perikatan Nasional mengambil alih pentadbiran negara dengan bermulanya suasana Covid-19 sedang melanda sehingga kini masih bergelut hebat dengan wabak Covid-19. Jelas di sini pentadbiran dalam tiga era dan yang sangat berbeza.

Era PN inilah yang sangat menguji kecekalan dan kesabaran kepada mereka yang memerintah. Dari sinilah menambahkan keazaman PAS untuk istiqomah bersama-sama kerajaan hari ini di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Inilah waktunya untuk menyumbang bakti dan jasa kepada rakyat dan negara yang sangat-sangat memerlukan keprihatinan pemerintah.

Keinginan untuk mengadakan pilihan raya segera dan hasrat untuk mengubah kerajaan hanya akan menjadikan keadaan negara semakin parah dan segala usaha yang dilakukan untuk negara selama ini bagi mengatasi pendamik Covid-19 dalam memulihkan sektor kesihatan dan mengatasi masalah ekonomi negara akan menjadi sia-sia.

Akibatnya rakyat akan menjadi mangsa diwaktu itu penyesalan pun sudah tiada gunanya. Maka, bersama kita dalam menyokong kerajaan sedia ada untuk terus mentadbir dalam memerangi pandemik Covid-19 hingga mencapai kemenangan.

USTAZ ABDULLAH HUSIN

Pesuruhjaya

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)