Home Berita PAS Kedah

PAS Jerai sumbang bakul makanan pada PKOB

140
SHARE

YAN, 13 Jun : Yang DiPetua PAS Kawasan Jerai Ybhg Ust Musoddak Hj Ahmad mewakili PAS Kawasan Jerai menyumbang 50 bakul makanan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana(PKOB) Yan di Dewan Dato’ Madi, Yan pada Ahad 13 Jun 2021.

Serahan bakul makanan itu diterima oleh Pegawai Daerah Yan YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muzaffar Shah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Yan.

Selepas selesai penyerahan, pimpinan PAS Kawasan Jerai diberi penerangan dan taklimat berkaitan operasi PKOB sepanjang PKP 3.0 diadakan.

Ust Musoddak yang ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan itu mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang banyak membantu sepanjang PKP.

Beliau juga berharap agar bantuan yang diberikan ini sampai kepada golongan sasar dan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh penduduk kawasan Jerai terutama di daerah Yan yang terkesan dengan PKP Covid 19.

Hadir bersama dalam penyerahan ini YB Ust Mohd Azam Abd Samat, Naib YDP Kawasan Jerai, Hj Abd Aziz Abdullah, Bendahari merangkap ahli Majlis Daerah Yan dan Ust Mohd Aizat Zakaria, Ketua Penerangan PAS Kawasan Jerai.