Home Berita PAS Kedah

PAS Jerai edar 1000 pek makanan untuk mangsa banjir

129
SHARE

JERAI – Susulan kejadian hujan lebat yang berlarutan sepanjang malam semalam mengakibatkan beberapa kampung di sekitar DUN Gurun mula dinaiki air.

Berikutan itu, PAS Kawasan Jerai bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Jerai bergotong royong menyediakan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Antara kampung yang terjejas banjir ialah Kg Sg Badak, Kg Jelutung, Kg Guar Nenas, Kg Sg Ibor, Belakang Mahkamah Gurun, Kg Tok Pawang, Kg Bongkok, dan Kg Batu 5, Jalan Jeniang.