Home Berita PAS Johor

PAS Jempol bersama ADUN Maharani santuni Komuniti India

243
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

21 Julai, JEMPOL – PAS Kawasan Jempol bersama ADUN Maharani, YB Abd Aziz Talib menyantuni Komuniti India di sini, hari ini.

Sebanyak lima buah rumah dikunjungi dimana penghuninya dalam keadaan uzur seperti stroke, kemalangan dan kanak-kanak yang menghidap kanser darah.

Ziarah ini turut mendapat kerjasama dari Ketua Wanita Gerakan Jempol, Jameelah Baputy.

“Penduduk di sini yang berjumlah 100 orang memang sebahagian besar berpendapatan rendah dan dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Saya menjadi penghubung kepada mereka untuk mendapatkan bantuan kebajikan”, jelas Jameelah.

Terdahulu, Yang di-Pertua PAS Kawasan Jempol, Ustaz Fairuz Mohd Isa dan Abd Aziz telah membuat edaran bubur lambuk sempena Ma’al Hijrah.

Edaran bubur telah di Masjid Serting Hlir Kompleks serta komuniti di Felda Serting Hilir 4 & 5.

Turut serta Yang di-Pertua PAS Kawasan Kluang, Mohd Nor Mohamad, Ketua Muslimat PAS Jempol, Habibah Tumin serta Ketua Muslimat PAS Muar, Norhayati Sulaiman.