Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

PAS Jelebu Lakar Sejarah Tersendiri

1,429 views
SHARE

PAS JELEBU LAKAR SEJARAH TERSENDIRI :
Penubuhan Semula Cawangan Air Hitam, Jelebu.

Tanggal 20 Oktober 2018 yang lalu telah mencatat sejarah tersendiri bagi PAS Cawangan Air Hitam apabila cawangan tersebut telah berjaya mengadakan mesyuarat penubuhan semula jawatankuasa baharu mereka.

PAS Cawangan Air Hitam sebelum ini telah ‘mati’ apabila kesemua pemimpin mereka telah masuk Parti Amanah Negara (PAN).

Selain mesyuarat pembentukan jawatankuasa baharu cawangan, sebuah majlis penyerahan borang keahlian baharu telah diadakan. Seramai 15 orang penduduk Air Hitam telah menghantar borang keahlian baharu, sekaligus bakal memperkukuh gerak kerja PAS di cawangan tersebut.

Turut hadir dalam mesyuart tersebut ialah Saudara Norman Ipin, Yang Dipertua PAS Kawasan Jelebu; Saudara Abdul Karim Shahimi Abdul Razak, Penyelaras PAS DUN Sungai Lui; Saudara Mohd Aizamudin Arbaei, Ketua PAS Cawangan Air Hitam dan beberapa orang AJK PAS Kawasan Jelebu.

Air Hitam merupakan sebuah kawasan yang terletak dalam daerah Jempol, manakala dari sudut pilihan raya, Cawangan Air Hitam terletak dalam DUN Sungai Lui dan Parlimen Jelebu.

#NegeriSembilanSejahtera