Home Artikel PAS Kelantan

Tiada penjawat awam Kelantan disiasat SPRM

145 views
SHARE

KOTA BHARU: Anggota perkhidmatan awam di Kelantan memberi komitmen meneruskan khidmat kepada kerajaan negeri biar pun berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Kelantan, Dato’ Zamri Ismail berkata, jumlah anggota perkhidmatan awam kira-kira 10,000 di negeri tersebut meneruskan paksi seperti digaris kerajaan negeri di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

Katanya, jumlah penjawat awam itu merangkumi jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan sentiasa mempamerkan kesungguhan mereka merealisasikan hasrat kerajaan negeri.

“Usaha itu terbukti apabila kerajaan negeri menerima anugerah bintang daripada kerajaan pusat di atas kecemerlangan yang dicapai dalam bidang tertentu.

“Begitu juga sehingga sekarang belum ada penjawat awam negeri yang dikenakan tindakan di bawah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia,” katanya pada sambutan ulangtahun ke-28 dasar Membangun Bersama Islam di Dataran Warisan di sini, hari ini.

Sambutan itu dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob. Hadir sama pimpinan kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Zamri yang berucap mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad yang tidak dapat hadir berkata, sekiranya diberi ruang penjawat awam mampu menunjukkan kebolehan mereka. – HARAKAHDAILY 20/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8458-tiada-penjawat-awam-kelantan-disiasat-sprm