Home Artikel PAS Pahang

PAS IM anjur Seminar dakwah, street dakwah

346
SHARE

 

PAS Kawasan Indera Mahkota akan menganjurkan Seminar Dakwah Pahang Zon Timur dengan penekanan khusus mendekati masyarakat non-muslim  Ahad ini (23 Febuari 2020) di Masjid kariah Balok, Kuantan bermula jam 8 pagi.

 

Istimewanya program yang julung-julung kalinya diadakan seumpama ini, akan menampilkan empat orang pendakwah di kalangan muallaf yang akan memberi pengisian.

 

Lebih hebat lagi, di penghujung program peserta-peserta akan menyertai ‘Street Dakwah’ dengan  dibawa turun kelapangan bagi mengaplikasi dakwah secara praktikal di sekitar Air Putih iaitu kawasan berpenempatan padat komuniti non-muslim.

 

 

Slot 1 (8.30-9.45 Pagi) akan disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dengan tajuk ‘Kepentingan dakwah.

 

Kemudian akan disambung oleh Bro Fadhli Burhan dari iERA – Asia Pasifik dengan tajuk ‘Teknik Dakwah kepada Masyarakat Non Muslim’ (9.45-10.45 Pagi).

 

Seterusnya bagi slot ketiga (10.45-11.30 Pagi) Bro Lim Jooi Soon akan menyampaikan ceramah bertajuk ‘Teknik mendekati Masyarakat Cina’.

 

Slot 4 dianggap program yang dinanti-nanti dalam Bicara Daei Muallaf bersama: Bro. Ooi Chooi Beng (Operations Director Interactive Dakwah & Tarbiyah -IDT), Bro. Ban Chin Kai (Danial) Manager IDT (Penang branch) dan Bro. Yusuf Iman Quek (Volunteer IDT).

 

Slot 5 (12.15 -1.00 petang) akan menampilkan Fadhil Azri Ismail (SDM MRM – ADAM) membawakan tajuk khusus ‘Teori Street Dakwah’.

 

Jam 2 petang Street Dakwah non-muslim bermula di Air Putih.

 

Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan boleh mengisi borang secara ‘online’ atau boleh sahaja mendaftar secara ‘walk ini’ pada hari tersebut.