Home Berita PAS Selangor

PAS Hulu Langat beri bantuan kepada penduduk kampung – PAS Kawasan Hulu Langat

10
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

Hulu Langat | Selalunya dikatakan bahawa rakyat atau penduduk yang susah dibandar sahaja yang diberikan perhatian dan bantuan. Namun, tanggapan itu dibuktikan salah kerana gerakan NGO-NGO dan parti yang turut memberikan perhatian kepada penduduk pedalaman.

PAS Kawasan Hulu Langat telah turun ke Kampung Rinching Hilir bersama Jabatan Amal Putra Mahkota dan dua orang penduduk tempatan bagi memudahkan proses pemberian sumbangan dengan tepat dengan bantuan mereka yang lebih arif mengenai selok belok kawasan kampung tersebut.

PAS Kawasan Hulu Langat menyatakan bahawa mereka akan ke kampung-kampung lain bagi menyalurkan bantuan yang termampu untuk meringankan sedikit beban penduduk mengharungi PKP dan wabak Covid-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor